Sensasi Terkini Viral

Instagram, Medan Pertengkaran Zarina Anjoulie & Bekas Suami

Nama Zarina Anjoulie kembali menjadi sebutan apabila kisahnya bertengkar dengan bekas suami di Instagram menjadi tular.

Masing-masing saling tuduh-menuduh di Instagram. Apa yang tidak manisnya hal tersebut dibaca oleh semua orang.

Daripada yang tidak tahu, kini segala keburukan yang lepas telah diketahui. Inilah padahnya kalau bawa hal peribadi ke alam maya.

Segalanya dikatakan bermula apabila bekas suami Zarina yang merupakan rakyat Brunei telah memburukkan Zarina di Instagram Stories.

Tindakannya itu dikatakan sebagai membalas apa yang dilakukan oleh Zarina kerana memburukkan nama keluarganya.

Kemudian Zarina pula dalam muat naik terbarunya di Instagram memberitahu setiap apa yang dia lakukan kini untuk menampung hidupnya dan anak mereka adalah dari sumber wang yang halal dan tidak seperti bekas suaminya itu.

Malah, dia juga menawarkan agar bekas suaminya menjadi stokis di Brunei bagi produk penjagaan wanita yang diusahakan Zarina.

Selagi dua-dua ada perasaan ego dan tidak mahu mengalah, selagi itulah ia akan berterusan. Masa bercinta semuanya manis. Apabila sudah bercerai dan tiada lagi cinta,habis semua hal rumah tangga kembali diungkit.

Lebih malang, mereka memilih laman sosial untuk melempiaskan rasa tidak puas hati dan marah. Natijahnya diri sendiri yang akan malu kerana cerita ‘dalam kain’ diketahui oleh orang lain. –KLICK.MY