Terkini Viral

Instafamous Mohon Maaf, Perjelas Video Persenda Islam

SEMALAM tular di media sosial sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, mendakwa ada Instafamous mempersendakan agama Islam dengan meniru gaya solat di tempat bermain Ice Skating di sebuah pusat beli belah.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Instafamous yang dikenali sebagai Mira itu.

Susulan kejadian itu, Mira tampil memohon maaf dan memberi penjelasan bahawa video itu bukan dimuat naik olehnya sehingga viral di media sosial sekaligus menyebabkan dirinya dikecam netizen.

Dalam kenyataan yang dimuat naik oleh Mira, dia menjelaskan perbuatannya itu hanya sekadar bergurau dan tidak menyangka video tersebut viral selepas dimuat naik oleh rakannya.

“Assalamualaikum. Ramai kata Mira mempersendakan agama Islam. Sebenarnya Mira tak post langsung video itu. Tetapi kawan Mira yang post.

“Dah minta dia delete video itu sebab rasa sendiri video itu salah. Tapi apa boleh buat, video itu jadi viral walaupun sudah dipadamkan.

 “Pada situasi itu, Mira cuma bergurau dengan rakan-rakan dan tak sangka video itu dirakam (diambil dan dimuat naik semula) oleh orang lain. Tak terdetik pun dalam hati nak menghina Islam.

“Kalau video yang tular itu membuatkan kalian rasa Mira menghina Islam, Mira minta maaf! Maaf sangat! Tetapi jujur cakap, Mira tidak ada niat langsung nak mempersendakan agama sendiri,” katanya.

Dalam kenyataannya itu juga, Mira meminta netizen berhenti mengkritik dan melemparkan pelbagai tuduhan yang dianggap melampau kerana bimbang setiap tuduhan yang tidak betul akan menjadi fitnah.

“Cukuplah dengan kritikan dan tuduhan melampau korang. Takut nanti setiap tuduhan tak betul itu jatuh fitnah. Selepasnya itu urusan Mira dengan Allah. Allah Maha Mengerti, Allah Maha Pengampun.

 “Mira nak minta semua yang sebarkan video itu, tolonglah padam sebelum ramai lagi salah faham dan buat andaian sendiri. Berhenti buka aib Mira. InshaAllah Mira akan lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan kelak.

Mira jadikan apa yang sudah berlaku ini sebagai pengajaran untuk diri sendiri juga. Harap semua faham. Terima kasih,” tulisnya.

Lain kali berhati-hati ketika melakukan sesuatu walaupun hanya sekadar untuk bergurau lebih-lebih lagi jika anda seorang yang dikenali.

Jangan lakukan perkara bodoh semata-mata mahu menarik perhatian orang ramai. Tersilap langkah, dosa dapat malu pun dapat! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen