Sensasi Terkini Viral

Insiden Antara David Teo, Mat Over Berakhir Dengan Sesi Bermaafan

Gempar semalam apabila pelawak Mat Over menampar produser filem, David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berlangsungnya majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Insiden itu berlaku apabila David dilihat mahu memberi pendapatnya ketika pengacara Datuk Rosyam Nor membuka ruang kepada produser itu selama satu minit.

David dikatakan tidak berpuas hati cara Rosyam mengendalikan majlis sebagai moderator.

Kemudian berlaku sedikit ketegangan antara keduanya dan muncul pula Mat Over muncul dalam keadaan marah dan menampar muka David.

Mat Over tidak dapat menahan marah kerana mendakwa David bercakap kurang sopan di hadapan Perdana Menteri.

Situasi itu mengejutkan hadirin yang hadir sebelum ia ditenteramkan oleh orang ramai. Namun, majlis dialog kemudian diteruskan seperti biasa.

Video kejadian tersebut mula tersebar dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Bagaimanapun pada akhir sesi, Rosyam memanggil Mat Over dan David di pentas untuk meminta maaf dan mereka bersalaman. Kedua-duanya turut berbuat demikian kepada Najib.

Menurut pelawak senior ini, dia tidak kesal apa yang telah dilakukannya. Tindakannya itu adalah untuk mengajar David cara beradab terutamanya di hadapan pemimpin.

Manakala David pula ketika disoal oleh pihak media selepas majlis tersebut turut kesal dan tidak menyangka apa yang telah berlaku. Katanya dia mahu mengatakan sesuatu kepada Perdana Menteri tentang TN50 tetapi tidak sempat.

Tambahnya dia meninggikan suara kerana tidak diberikan mikrofon untuk bercakap namun ia disalah tafsir.

Apapun, mereka sudah pun bermaaf-maafan. Semoga kes ini tidak dipanjangkan hingga ke mahkamah. –KLICK.MY