Politik

Innalillah.. Adenan Satim Meninggal Dunia

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia kerana sakit jantung, jam 1.20 tengah hari tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

Allahyarham yang dilahirkan pada 27 Januari 1944 mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang meletak jawatan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengesahkan perkhabaran duka ini dan memaklumkan beliau akan berangkat ke Sarawak bagi menziarahi jenazah.

“Innalilla…terima berita sedih TS Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Saya akan ke Sarawak untuk ziarahi jenazah. Jasa Allahyarham kepada Sarawak amat besar. Malaysia kehilangan pemimpin berwibawa,” ujar Najib menerusi Twitter.