Hiburan Sensasi Terkini

“Ini Terlalu Peribadi, Doa Yang Terbaik” – Komen Ziana Zain

DUNIA hiburan pagi ini dikejutkan dengan berita suami kepada penyanyi tersohor Ziana Zain, Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anaknya, 25 Februari lalu.

Armin memberitahu mahkamah dia melakukan perbuatan itu bagi mengajar anaknya solat dan mengaji AlQuran.

Penyanyi itu ketika dihubungi mstar Online enggan memberikan komen lanjut kerana ia kes mahkamah dan terlalu peribadi buat dirinya.

“Saya tak boleh komen lanjut sebab kes mahkamah. Ini terlalu peribadi.

“Doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, Ziana memohon diberikan ruang dan berharap peminat faham situasi yang dihadapinya itu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Berkaitan: Suami Ziana Zain Didakwa Pukul Anak Hingga Luka

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Image result for armin zaharin

Terdahulu, bekas pramugara itu ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

Raja Noor Adilla kemudian menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. –KLICK.MY

Sumber: BH Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen