Hiburan Sensasi Terkini

Ini Respon Sheila Rusly Apabila Pakaian Di Ketuk-Ketuk Ramadhan Dikritik

SETIAP kali bulan Ramadhan tiba pastinya peminat rancangan masakan tidak melepaskan peluang menonton rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh Sheila Rusly.

Baru-baru ini Sheila memuatnaik sebuah gambar dia bersama artis jemputan di dalam rancangan masakan itu yang kini dalam proses rakaman untuk ditayangkan pada bulan puasa nanti.

Disebabkan gambar di bawah ini ada netizen menegur dengan cara pemakaiannya yang dikatakan tidak sesuai dnegan rancangan itu.

Komen itu mendapat balasan oleh Sheila yang turut sama memasukkan nama stylist yang mendandan imejnya untuk program itu.

Stylist terbabit turut menulis komen balasan terhadap komen mengkritik pakaian Sheila.

Stylist itu mempertahankan imej yang dikenakan Sheila sesuai dan bukan rancangan itu dirakam di masjid jadi menurutnya tidak salah berpakaian kasual.

Sementara itu ada juga netizen lain yang bersetuju bahawa baju itu sesuai kerana menutup aurat.

Biasalah, netizen memang akan sentiasa memerhati untuk mengkritik meskipun mereka bukan ahli pakar dalam bidang fesyen dan pakaian, tetap mereka merasakan kritikan mereka perlu didengari ramai orang.

Apapun yang penting rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan tetap sentiasa menambat hati penonton kerana setiap tahun rancangan ini masih tetap ditayangkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen