Viral

Ini Respon PU Amin Bila Kak KM Bidas Teguran Aksi Lucah Jual Produk

KALAU ibunya terkenal dengan kehebatan dalam dunia lakonan, anaknya pula terkenal kerana aksi-aksi yang agak melampau ketika menjual produk jamu yang diusahakannya.

Orang yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan ialah anak kepada Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM.

Kak KM atau Liana Rosli kerap tampil dengan aksi ghairah di laman Instagram dan sering menerima kecaman daripada netizen. Walaupun dihujani kecaman, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berniaga.

Malah, ibunya juga pernah memberitahu aksi yang dilakukan oleh anaknya itu merupakan antara strategi pemasaran produk dan terbukti berjaya menarik ramai peminat dan pembeli.

Aksi ghairah dan kadang-kadang dilihat terlalu lucah itu mendapat perhatian Pencetus Ummah Amin (PU Amin) yang sebelum ini pernah menegur beberapa orang lagi usahawan terkenal seperti Safiey Illias.

Namun, teguran itu dibidas kembali oleh Kak KM menerusi sebuah audio yang di muat naik oleh PU Amin di Instagramnya.

Menurut Kak KM, dia menganggap teguran PU Amin itu boleh menutup periuk nasi dan perniagaannya.

Berikut adalah jawapan PU Amin:

“Ada kawan hantar video asal pada aku, kemudian ada pula yang hantar versi suara sahaja. Lepas kejadian aku tegur dorang, mengamuk habis dorang. Apa aku boleh katakan tanggungjawab sudah dijalankan.

“Aku tak mintak korang boikot, aku cakap pada yang tak suka tengok dan nak pelihara iman dan akhlak agar lapor segala video video lucah yang dipamerkan

“Perniagaan tak salah, tapi cara promosi yang haram perlu dikatakan haram Ramai orang tegur tak jalan, ustaz-ustaz tegur tak jalan, mufti tegur tak jalan, jadi aku tegurlah cara aku. Ha, baru perasan pedas! Benda lucah ni dia buat dari tahun lepas. Kat surau dan masjid masjid semua ustaz-ustaz tegur kot.

“Kepada kawan-kawan jangan komen yang tak baik. Jangan hina Kak KM dan kawan-kawan dia. Kita doakan Allah beri teguran dan hidayah pada dia. Jangan komen maki-hamun di ruang komen doa yang baik-baik untuk Kak KM dan geng-geng dia. Bila kata-kata kita dikatakan bodoh dan bangang hanya doa senjata terakhir sebagai pagar dari segala bencana.

“Semoga terguran aku ini akan membuka mata dan telinga pengusaha dan peniaga produk agar tidak langsi dengan hukum hakam Allah. Aku pelik , founder produk Nuraysa tu pakai purdah kot, mata je nampak tapi sale juta-juta juga. Low profile tak pernah nampak dia berjoget nak jual produk ‘apa sa ?’ tu. Dunia nak kiamat segera bertaubat,” tulisnya.

Dalam hal ini, tidak boleh salahkan seorang sahaja. Kalau tak buat ‘gila-gila’ seperti itu, tiada siapa ambil peduli.

Tetapi bila buat ‘gila-gila’ macam Kak KM, sampai tular di media sosial. Justeru, salah seorang je ke? Namun, yang salah tetap salah. Sama-samalah kita ambil iktibar. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.