Hiburan

Ini Jawapan Che Ta Mengapa Dia Pakai Kasut Tumit Tinggi Tonton Bola

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia apabila layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2018 selepas berjaya menewaskan Thailand semalam.

Namun, apa yang mahu diceritakan di sini bukannya mengenai bola sepak tetapi mengenai penampilan pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta.

Ketika perlawanan pertama antara pasukan bola sepak Malaysia menentang Thailand yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini, Che Ta bersama keluarga hadir ke stadium memberi sokongan.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila dia tampil dengan imej berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata.

Artis yang sering kali bergaya ini, masih mengekalkan imejnya walaupun hadir ke perlawanan bola sepak.

Justeru, ia menarik perhatian netizen apatah lagi gambar-gambarnya ketika berada di stadium dikongsi olehnya sendiri di Instagram.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, menurut Che Ta dia selesa dengan penampilan sebegitu dan beranggapan premis seperti stadium bukan halangan untuk bergaya sakan.

“Apa masalahnya kalau pakai boot untuk tengok bola. Saya yang pakai kenapa anda yang nak komen berpeluh atau tidak.

“Setitik peluh pun tak pernah keluar macam mana mereka tahu saya berpeluh.

“Lagipun saya dapat tiket VIP, tak perlulah nak beratur panjang sebelum masuk stadium,” katanya.

Rozita hadir menonton perlawanan yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan itu ditemani suami, Zain Saidin.

Bercerita mengenai kasut potongan boot bertumit tinggi yang digayakan dengan seluar ketat berwarna hitam, Rozita berkata imej berkenaan tidak menyukarkannya untuk berjalan.

“Itu saya rasa penampilan paling biasa. Saya tak biasa pakai sport shoes… ingat tomboi ke nak pakai sport shoes?” katanya berseloroh.

Sekurang-kurangnya Che Ta tak hipokrit. Dia tetap kekal dengan imejnya tanpa perlu menjadi orang lain. Tak gitu? –KLICK.MY

Sumber: Sinar Harian Online