Gaya Hidup Seks

Ini Cara Tepat Kira Waktu Subur Bagi Wanita Ingin Cuba Hamil

SETIAP pasangan berumahtangga pasti mengimpikan zuriat sendiri dan salah satu cara untuk hamil adalah melakukan hubungan kelamin ketika waktu paling subur.

Menurut pakar Obstetrics & Gynecologist (O&G), Dr Adilah Ahmat, waktu paling subur adalah hari berlakunya ovulasi iaitu pengeluaran telur dari kantung folikel dalam ovari.

Tidak semua wanita hari suburnya hari ke-14 (hari ini dikira dari hari pertama haid pusingan tersebut).

Setelah 14 hari telur yang mengalami ovulasi tidak disenyawakan oleh sperma, haid akan keluar.

Ini bermakna ovulasi berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya. Jika wanita mempunyai kitaran haid sebanyak 28 hari, maka hari ovulasinya adalah pada sekitar hari ke-14.

Image result for proses ovulasi

Namun, jika wanita mempunyai kitaran haid 30 hari, maka hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-16. Jika wanita mempunyai kitaran haid 32 hari pula, hari ovulasinya adalah sekitar hari ke-18.

Bilangan hari dalam bulan-bulan juga berbeza, ada yang 30 hari, ada yang 31 hari dan ada yang 28/29 hari. Mengira panjang kitaran haid adalah jarak dari hari pertama haid ini ke hari pertama haid akan datang.

Sangat jarang wanita mempunyai kitaran haid yang tepat setiap bulan dalam setahun, kebanyakannya sedikit berubah dan mempunyai julat, 28-30 hari.

Lebih elok dan terbukti secara kajian berkesan jika pasangan melakukan hubungan seks penetratif sekurang-kurangnya setiap 2-3 hari atau 2-3 kali seminggu.

Ini bagi memastikan sperma hidup berada pada setiap masa di penghujung tiub falopian menanti untuk mensenyawakan telur. Sperma dapat bertahan sehingga 72 jam.

Sumber: Blog Dr. Adilah

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.