Gaya Hidup

Ingatkan Seluar JLo Terlondeh, Rupa-Rupanya But Versace

SEKALI imbas, pasti ramai yang tertipu menyangkakan seluar artis antarabangsa, Jennifer Lopez atau JLo terlondeh.

Gambar penyanyi terkenal itu menjadi tular di media sosial selepas ia kelihatan seperti seluar yang terlondeh.

Namun, sekiranya diamati, ia bukanlah seluar sebaliknya kasut but yang seakan-akan seluar denim. Jangan tak tahu, but tersebut adalah rekaan Versace.

But denim siap bertali pinggang hitam dan poket itu berharga sekitar 1,700 UK Pound (RM9,059)!

But denim itu merupakan sebahagian daripada koleksi terbaharu Versace untuk Versace Resort 2019.

Diva pop antarabangsa itu memadankan but denim itu dengan sehelai kemeja oversized Poiret, bercermin mata gelap dan tas tangan kulit hitam Hermes Birkin.

JLo dilihat menyarung but denim itu ketika hadir ke ibu pejabat MTV di New Your pada Selasa.

Penyanyi berusia 49 tahun itu diumumkan bakal menerima anugerah Michael Jackson Video Vanguard pada MTV VMAs yang bakal berlangsung pada 20 Ogos depan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.