Viral

Individu Keluar Kenyataan Menghina Ahli Bomba Di Facebook Mohon Maaf

KETIKA rakyat Malaysia sedang berduka menerima khabar tentang kematian enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), seorang individu mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan itu di Facebook.

Individu tersebut telah menyalahkan anggota bomba kerana tidak mempunyai ilmu menyelamat sehingga terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.

Kenyataan itu mencetuskan kemarahan netizen kerana menganggap ia tidak sepatutnya dikeluarkan memandangkan semua pihak sedang berduka dengan kejadian tersebut.

Setelah dikecam bertubi-tubi, akhirnya individu terbabit mengeluarkan kenyataan maaf melalui akaun Facebook miliknya menjelaskan rasa kesalnya.

Sungguhpun sudah memohon maaf, namun kemarahan netizen masih belum reda.

Bak kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Berhati-hatilah ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial terutamanya apabila menyentuh hal-hal sensitif. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.