Luar Negara

Indah Khabar Dari Rupa, 6 Juta Tikus Berkeliaran Di Kota Paris

SIAPA sangka kota cinta, Paris yang terkenal dengan kecantikan menara Eiffel sebenarnya indah khabar dari rupa.

Tahun lalu, sebuah video dirakam di tebing Sungai Seine antara Musee d’Orsay dan Jambatan Pont Royal di Paris, ibu negara Perancis menunjukkan betapa banyaknya tikus berkeliaran di kawasan itu.

Video itu menjadi viral di seluruh dunia dan mencetuskan kontroversi mengenai pembiakan tikus di Paris dan juga persekitaran kerja pengutip sampah yang sangat menyedihkan.

Menurut beberapa sumber, terdapat sejumlah empat ke enam juta tikus di ibu negara tersebut. Satu angka yang amat besar melebihi populasi penduduk Paris sendiri yang hanya 2.24 juta.

Pengerusi Perkhidmatan Kesihatan Persekitraran bandar itu, Georges Salines berkata, agak sukar sebenarnya untuk mengetahui jumlah sebenar tikus di kota romantik itu.

Related image

“Bilangan tikus berbeza mengikut jumlah makanan yang ada dan juga persekitaran kehidupan di sesebuah kawasan.

“Tikus adalah makhluk yang kompleks dari segi sosialnya. Ini kerana mereka boleh menstabilkan populasi mengikut sumber yang ada.

“Sebab itu saya rasa tak patut untuk kita berbicara mengenai pembiakan tikus di bandar ini. Walaupun ia banyak, populasinya adalah stabil,” katanya.

Bagaimanapun, kebimbangan orang ramai mengenai makhluk itu nampak ada benarnya.

Jumlah tikus di bandar itu semakin banyak dan merisaukan.

Malah, tikus juga kelihatan berkeliaran di kawasan pelancongan seperti Notre Dame Cathedral, membuat pelancong tidak selesa dengan kehadiran mereka.

Lihat video di bawah:

Tebing Sungai Seine yang dilimpahi air kerana hujan lebat selama beberapa minggu memburukkan lagi keadaan itu.

Menurut kajian yang dijalankan Inra, VetAgro Sip dan Institut Pasteur, makhluk itu kini secara genetiknya menjadi kebal terhadap racun yang digunakan untuk mengawal mereka.

“Sepatutnya pihak perbandaran menghapuskan tikus dari mana-mana tapak pembinaan sebelum sebarang kerja dimulakan.

“Ia adalah cara yang betul untuk mengelakkan mereka berpindah ke tempat lain pula,” ujarnya lagi.

Dia turut menyarankan agar restoran membersihkan premis mereka setiap malam setelah tamat operasi, bukannya pada keesokan hari. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.