Hiburan

Impian Neelofa Kembangkan Kerjaya Di Eropah Bakal Terlaksana

PELAKON, pengacara dan usahawan wanita berjaya, Neelofa semakin hari semakin melangkah ke hadapan dalam kerjaya mahupun perniagaan.

Pengiktirafan demi pengiktirafan diberikan kepadanya hasil kejayaan yang dikecapi. Namun begitu, kejayaan yang diraih hari ini bukanlah sesuatu yang enteng untuk diperolehi.

Pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, namun ia bukan pematah semangat wanita cekal ini.

Terbaharu, Neelofa bakal menandatangani kontrak dengan dua buah agensi masing-masing di United Kingdom (UK) dan Perancis dalam usaha mengembangkan karier dan perniagaannya di Eropah.

Menurut Neelofa, kedua-dua agensi itu bakal mewakilinya bagi dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaiannya tudung jenamanya, Naelofar Hijab.

Selain itu juga, Neelofa memberitahu kepada mStar Online dia sudah lama memasang impian mengembangkan karier dan perniagaan di luar negara namun tidak mempunyai saluran atau mengetahui cara yang tepat untuk berbuat demikian.

Katanya, dia mahu ke luar negara kerana tidak mahu terus berada dalam zon selesanya kini dan perlu melakukan sesuatu yang berbeza dan mencapai matlamatnya.

“Alhamdulillah saya berpeluang bertemu dengan seorang ejen dari Amerika Syarikat yang kini adalah pengurus global saya iaitu Norman.

“Norman yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia sangat memahami visi saya malah dia mempunyai kepakaran merialisasikan impian saya.

“Beliau juga yang membantu mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis,” jelasnya.

Mengenai bidang lakonan, menurut Neelofa dia masih berminat tetapi sukar memberi komitmen kerana terikat dengan jadual yang padat. –KLICK.MY

 

Tag