Sensasi Terkini Viral

Imbas Muka Kekang Kegiatan Mencuri Tisu Tandas

Oleh kerana kegiatan mencuri tisu tandas semakin berleluasa di Beijing, China, pihak berkuasa bandar raya tersebut telah bertindak dengan cara tersendiri untuk menanganinya.

Cara yang digunakan oleh pihak berkuasa bandar raya menarik perhatian masyarakat dunia. Mereka telah menggunakan teknologi pengecaman muka di tandas awam.

Pengguna tandas perlu berdiri di hadapan mesin pintar yang dilengkapi kamera berdefinisi tinggi untuk membolehkan muka mereka dicam, sekali gus menghalang sesiapa yang berniat untuk mencuri tisu tandas.

Apa yang menariknya, setiap pengguna hanya boleh mengambil sekeping tisu berukuran 60×70 sentimeter. Jika memerlukannya lagi, mereka perlu tunggu selama sembilan minit.

Pengguna dikehendaki menanggalkan topi dan cermin mata hitam mereka supaya wajah mereka dicam. Sebaik dicam, kertas tisu itu akan keluar secara automatik.

Jika wajah sama dicam dalam masa yang singkat, mesin itu tidak akan mengeluarkan tisu. Cuba bayangkan kalau kaedah ini digunakan di Malaysia, mungkin ia dapat membendung pembaziran penggunaan tisu di tandas awam.-KLICK.MY