Hiburan Terkini

Ilham Ketika Di Tanah Suci, Siti Aafiyah Nama Anak Sulung Siti Nurhaliza

AKHIRNYA terjawab sudah teka-teki nama anak penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Pasangan suami isteri ini telah mengumumkan nama sebenar anak mereka secara langsung dalam satu majlis aqiqah dan tahnik yang diadakan bermula pukul 9 malam tadi di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Mereka sepakat memilih nama Siti Aafiyah yang membawa maksud ‘segala yang baik’. Menurut Siti, mereka mendapat ilham untuk meletakkan nama tersebut ketika menunaikan umrah tahun lalu.

“Setelah hamil, kami dapat ilham di Tanah Suci Makkah apabila suami sering baca satu doa pendek yang ada perkataan Aafiyah. Suami tanya nak tak nama Aafiyah yang membawa maksud segala yang baik,” jelas Siti.

Beberapa jam sebelum majlis, Siti telah memuat naik video dan foto wajah puteri sulungnya selepas tujuh hari kelahiran sebagai menepati janjinya untuk berbuat demikian.

 “Bismillahirrohmanirrohim dan Assalammulaikumm, saya dan suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

“Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” tulis Siti.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta.

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

//www.instagram.com/embed.js

Anugerah teristimewa yang hadir selepas 12 tahun usia perkahwinan Siti dan Datuk K ini turut diberi jolokan ‘Si Comel Pipi Merah’ sempena gelaran dalam sebuah lagu khas yang dicipta dan dinyanyikan ibunya, penyanyi tersohor negara. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.