Sensasi Terkini Viral

Iklan Lucah Nizam Rahman Dapat Kecaman Hebat Netizen

Mungkin ramai yang telah mengenali Nizam Rahman. Dia yang popular dengan kepelbagaian watak pondan kali ini mencetuskan kontroversi lagi.

Gara-gara memuat naik sebuah klip video yang memaparkan iklan produk pembesaran payudara wanita di Facebook, dia mendapat kecaman hebat netizen. Iklan yang dikatakan terlalu lucah dan menghina wanita itu dilakonkan oleh Nizam sendiri.

Seperti biasa, dalam iklan tersebut dia memegang watak perempuan. Dalam iklan tersebut, dia cuba dipikat oleh seorang lelaki yang menaiki kereta.

Malangnya, lelaki berkenaan mengatakan bahawa payudaranya kecil dan memberikannya produk besarkan payudara.

Setelah memakai produk tersebut, payudaranya mula menjadi besar dan kembali bertemu dengan lelaki yang cuba memikatnya. Alangkah terkejut lelaki berkenaan melihat perubahan yang berlaku.

Kemudian bermulalah adegan dan dialog-dialog lucah yang boleh dikatakan keterlaluan. Iklan tersebut bukan sahaja dikatakan bodoh dan kurang sensitiviti oleh netizen malah secara terang-terang cuba menghina agama dengan merendahkan maruah kaum wanita.

Malah secara teknikalnya ia cuba mengaitkan persepsi memiliki payudara besar akan menarik pehatian lelaki, sedangkan ia sekadar mendorong nafsu lelaki untuk melakukan maksiat.

Tak salah nak buat iklan ‘bajet’ tetapi janganlah jadikannya sebagai iklan murahan. Ada banyak lagi cara untuk mengiklankan produk seperti ini namun janganlah sampai menghina maruah wanita.-KLICK.MY