Sensasi Terkini Viral

Ikan Kerapu Gergasi Makan Manusia?

Penemuan seekor ikan kerapu gergasi seberat 200 kilogram di Filipina menggemparkan masyarakat di sana. Malah, ia juga heboh diperkatakan di laman maya.

Bukan saiz ikan itu yang diperkatakan tetapi penemua sekeping lencana milik pegawai keselamatan di dalam perutnya.

Penduduk yang menyaksikan kejadian itu mulai berasa seram dan ngeri. Ada antara mereka berangapan ikan gergasi berkenaan telah menelan manusia.

Malah nelayan yang berjaya menangkap ikan tersebut, Arnold Contantine juga hairan bagaimana lencana itu ada di dalam perut ikan yang ditangkapnya di pantai Cebu.

Pada mulanya dia berasa gembira kerana hasil tangkapannya itu bakal mendatangkan wang yang banyak apabila dijual di pasar nanti.

Namun apabila orang ramai tahu ikan berkenaan mungkin menelan manusia, mereka tidak mahu membelinya walaupun dijual murah.

Tidak diketahui bagaimana pengakhiran insiden ini. Mungkin lencana tersebut jatuh ke dalam laut dan ikan kerapu itu menyangka ia makanan lalu memakannya.-KLICK.MY