Gaya Hidup Politik Semasa Sensasi Terkini

Napsiah Omar, ‘Ibu’ Wanita Umno Malaysia Meninggal Dunia

PENGERUSI Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia di usia kerana 75 tahun, kira-kira jam 5.45 petang semalam.

Allahyarham yang menghidap barah hati, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Taman Seri Ampang Jaya, Selangor.

Veteran Umno yang menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno pada 2017 ini tidak pernah meninggalkan parti serta menjawat jawatan Pengerusi Tetap Wanita Umno Malaysia, membuatkan dirinya dianggap bagaikan ‘íbu’ kepada semua anggota Wanita Umno pada hari ini.

Karier politik Allahyarham bermula pada 1982 selepas memenangi kerusi  Parlimen Kuala Pilah selama lima penggal seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2004 diikuti Menteri Perusahaan Awam pada 1987.

Anggota Exco Kerajaan Negeri dari 1995 sehingga 1999 ini juga pernah menjadi Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial.

Allahyarham menduduki bangku sekolah rendah di Sekolah Melayu Kuala Pilah sebelum menyambung pendidikan pdi Sekolah Tunku Kurshiah, Sekolah Tunku Mohammad diikuti  Telopean Park School, Canberra, Australia.

Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke tanah kelahiran Allahyarham di Kampung Jawa, Kuala Pilah sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Me­lang sebelum solat Zohor hari ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.