Luar Negara Terkini

Ibu Terkejut Dapat Tahu Anak Kemalangan Dari Swafoto Polis

SEORANG ibu terkejut apabila mendapat tahu anak perempuannya terbabit dalam nahas jalan raya selepas seorang anggota polis mengambil gambar swafoto berlatarkan kereta anaknya yang terbalik.

Menerusi gambar swafoto yang diambil dua anggota Polis Wiltshire di barat daya England itu, ibu kepada Georgia Oak dapat melihat kereta milik anak perempuannya terbalik di sebuah jalan yang dilitupi salji.

Keterangan gambar swafoto tersebut menyebut tentang ‘sesetengah gambar tidak perlu sebarang kata-kata’ sebagai amaran supaya memandu berhati-hati.

Mangsa nahas kemalangan terbait kemudiannya membalas gambar yang dimuat naik di media sosial itu dengan komen: “Ia adalah kereta saya dan saya OK. Tetapi dengan gambar inilah ibu saya mendapat tahu saya terbabit dalam kemalangan”.

Georgia yang merupakan kakitangan hospital di Salisbury menambah, dia berterima kasih kepada anggota polis terbabit yang tiba dengan pantas ke lokasi nahas untuk membantunya.

Pihak polis kemudian membalas: “Minta maaf kerana ibu anda mengetahui dengan cara begini tetapi kami telah cukup berhati-hati menjaga butiran peribadi anda dengan tidak memaklumkan tentang anda atau kereta, selain menegaskan bahawa tiada sesiapa yang cedera. Kereta boleh diganti tetapi tidak nyawa manusia.

“Untuk penjelasan, gambar tidak diambil melainkan setelah pegawai yang berurusan dengan pasukan kecemasan memaklumkan tentang keadaan sekarang yang berbahaya untuk pemandu.

“Ternyata posting di media sosial ini telah berjaya membantu menyebarkan mesej dengan pantas dan jelas kepada masyarakat”.

Sememangnya pada zaman sekarang, media sosial adalah medium terpantas untuk menyebarkan mesej kepada orang ramai dan pihak polis sana telah menggunakan platform tersebut dengan bijak. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.