Luar Negara Terkini

Ibu Seronok Melancong Ke Jerman, Tinggal Anak-Anak Bersama Pistol

SEORANG ibu tergamak meninggalkan empat anaknya berusia antara enam hingga 12 tahun tanpa pengawasan orang dewasa semata-mata hendak pergi bercuti di Jerman selama dua minggu.

Lebih teruk, wanita bernama Erin Macke dari Iowa, USA itu meninggalkan sepucuk pistol sebagai perlindungan kepada empat anaknya jika perkara tidak diingini berlaku.

Mujurlah salah seorang anaknya menelefon bapa mereka dan memaklumkan perkara itu lalu bapa mereka membuat laporan polis.

KCCI melaporkan pekerja kebajikan yang membuat pemeriksaan mendapati kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersama pistol dua kelopak diletakkan atas meja secara terbuka.

Kanak-kanak itu memaklumkan bahawa ibu mereka dijadualkan bercuti di Jerman sehingga 1 Oktober.

Macke is pictured here with her two youngest children

Macke is pictured above with her two oldest children, 12-year-old twins,

Polis kemudian menghubungi Erin dan mengarahkannya pulang serta-merta namun wanita itu cuma kembali pada 27 September seterusnya ditahan pihak polis.

Sepanjang tempoh bercuti wanita terbabit didapati sempat memuat naik gambar ke Instagram bagi menceritakan keseronokannya tanpa langsung rasa bersalah.

Daily Mail melaporkan Eric didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan membahayakan kanak-kanak, dan gagal mendapatkan pengasuh bagi menjaga anak-anaknya.

Sementara pertuduhan meninggalkan senjata api dalam capaian kanak-kanak digugurkan selepas mengambil kira faktor dia mengaku bersalah.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara dua tahun bagi setiap pertuduhan. –KLICK.MY

Tag