Gaya Hidup Terkini

Ibarat ‘Mayat Hidup’, Wanita Ini Dedah Didera Datuk Sendiri

Seorang wanita di Jepun ibarat ‘mayat hidup’ kerana terlalu kurus. Keadaannya itu bukanlah disebabkan penyakit ‘aneroxia’ tetapi disebabkan penderaan oleh datuknya.

10 tahun tinggal bersama datuk dan neneknya, akhirnya  wanita yang dikenai sebagai ‘Wild Cabbage’ mendedahkan gambar-gambarnya di Twitter yang kelihatan begitu kurus.

Dia juga mendedahkan bahawa dirinya didera oleh kedua datuk dan neneknya. Dia dilarang makan oleh mereka yang garang.

Sekiranya didapati dia makan curi-curi, perutnya akan ditendang sehingga memuntahkan kembali makanan yang telah ditelan.

Oleh kerana kekurangan nutrisi dan zat, berat badannya kini hanya 37 kilogram. Gambar swafoto di depan cermin yang tersebar menunjukkan tubuhnya hanya tinggal kulit dan tulang.

Dalam postingnya di Twitter, dia menyeru agar sesiapa yang mengalami masalah sama agar cepat bertindak dan meminta bantuan sebelum terlambat.

Wanita itu (kiri) telah membuat pemulihan yang luar biasa.

Setelah diselamatkan, pakar yang merawatnya berkata dia hanya tinggal 10 minit dari kematian.  Syukurlah sekarang dia sudah kembali sihat seperti sediakala. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen