Viral

“Ia Berlaku Secara Spontan”-Pengacara Sukan Salah Sebut Jenis Sujud

GARA-GARA tersalah sebut jenis sujud sewaktu pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah melakukan sujud syukur sejurus berakhirnya perlumbaan Motosikal Frand Prif (GP), pengulas Radio Televisyen Malaysia (RTM) menarik perhatian ramai.

Rasdi Jumaat tersalah menyebut sujud syukur sebagai sujud sahwi sehingga menarik perhatian ramai. Rakaman video tersebut tular di media sosial.

Namun, rata-rata netizen  menyifatkan kesilapan itu sebagai sesuatu yang menghiburkan dan bukanlah kesilapan besar.

Dalam temu bualnya bersama mStar Online, dia mengakui sedar kesilapannya itu yang dilakukan sewaktu siaran langsung pada Ahad lalu.

“Ia berlaku secara spontan, masa mengulas tu pengulas kena peka dengan banyak benda. Arahan penerbit, ulasan Inggeris, suara rakan sebelah lagi.

“Tambahan pula mengulas sukan melibatkan kelajuan. Saya akui ‘slip tongue’ pada hari itu dan saya mohon maaf.

“Kadang-kadang orang tak tahu persekitaran sewaktu kita mengulas, bekerja dalam tempoh lama. Nak cakap benda lain tapi terkeluar ayat lain,” jelasnya.

Selain sukan permotoran, Rasdi juga aktif mengulas sukan-sukan lain seperti sepak takraw. Dalam perlumbaan Ahad lalu, pelumba negara, Hafiz Syahrin menamatkan perlumbaan di tangga ke-10.

Acara berlangsung di Litar Sepang itu turut disertai pelumba terkenal dari Itali, Franco Morbidelli. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.