Hiburan Sensasi Terkini Viral

Hubungan Aqasha dan Rita Rudaini Terus Menjadi Tanda Tanya

Sejak seminggu dua ini dunia hiburan tanah air gempar dengan kontroversi yang melibatkan kisah rumah tangga pelakon dan juga penyanyi, Aqasha dan isteri, Baizura Sabri.

Segalanya bermula apabila Baizura memuatnaik status di laman sosial mengenai pergolakan rumah tangga mereka. Sejak itu, hal tersebut seakan-akan terus merebak hingga membabitkan nama pelakon jelita, Rita Rudaini yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Sehingga kini, Rita hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen. Persoalannya, benarkah Aqasha dan Rita Rudaini mempunyai hubungan?

Persoalan terus tinggal persoalan kerana masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri. Manakala netizen pula bertikam lidah sama ada membela atau mengutuk artis yang dimaksudkan.

Bertambah parah, ada beberapa rakan artis turut memberi komen berbau sindiran kepada Aqasha mahu pun Rita. Terbaharu yang menjadi mangsa amukan netizen berkenaan dengan komen yang diberi oleh pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Komen Che Ta yang menggelarkan perempuan yang menjadi orang ketiga dalam hubungan Aqasha sebagai betina, mengundang marah para netizen. Rata-rata netizen menyuruh pelakon itu sedar diri kerana dia juga pernah bergelar ibu tunggal.

Percaya atau tidak, selagi pihak yang dituduh tidak membuka mulut, hal ini pasti akan bertambah besar dan merebak. Namun, terpulanglah kepada empunya diri sama ada mahu tampil membela diri atau terus senyap kerana merasakan diri tidak bersalah atau tiada kaitan.-KLICK.MY