Sensasi Terkini Viral

Hot, Peminat Perempuan Macam Nak Batal Puasa Tengok Foto, Video Aedy

Mula berlakon sejak kecil, Aedy Ashraf yang dulunya berwajah polos dan comel kini berubah penampilannya bagaikan supermodel Sepanyol sehingga menjadi kegilaan wanita-wanita di laman sosial.

Melihatkan tubuh badan sado dan sering berimej lelaki seksi, penampilannya seringkali menjadi bualan di kalangan pengikut perempuan di laman Instagramnya.

Di bulan puasa ini, ramai pula `awek-awek’ yang semakin tidak tahan melihat foto-foto seksi pelakon itu sehingga ada yang mendakwa, macam nak terbatal puasa mereka tenung gambar-gambar Aedy.

Amboi sampai ke situ penangannya ya. Hati-hati di bulan puasa ni ye kakak-kakak semua, takut nanti terkurang pahala puasa pula.

Saksikan video yang dimuat naik Aedy yang mendapat 186,000 tontonan dan 1,300 komen.

 

??

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

Aedy yang membintangi drama rangkaiaan Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan itu turut sering berkongsi aktivitinya yang gemar ke gimnasium dan mengamalkan pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan serta mengekalkan bentuk tubuhnya.

Berdasarkan posting di akaun Instagramnya, Aedy kelihatan masih single, padanlah ramai perempuan-perempuan di luar sana asyik tergila bayang dengannya-KLICK.MY