Luar Negara

Hidu Hampir 1 Tan Syabu, Anjing Pengesan Polis Jadi Khayal

ANJING pengesan polis Indonesia yang diarahkan mengesan dadah syabu di atas sebuah kapal laut menjadi khayal akibat menghidu terlalu banyak syabu hingga operasi mencari tersebut dihentikan beberapa kali.

Menurut laporan media Indonesia, pembantu khas kepada Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Indonesia Laksamana Madya Achmad Taufiqoerrochman berkata, dua anjing pengesan yang menggeledah kapal yang memasang bendera Singapura itu menjadi khayal kerana menghidu hampir 1 tan syabu.

 “Kami terpaksa merehatkan anjing terbabit beberapa kali sebelum meneruskan penggeledahan,” katanya.

Menurut AFP, tentera laut Indonesia juga menahan empat orang di atas kapal MV Sunrise Glory ketika ia memasuki perairan Indonesia dipercayai dalam perjalanan ke Australia di Terusan Phillip antara Singapura dengan Batam.

Menurut Achmad, pihak berkuasa sudah lama mengesyaki kapal berkenaan, dipercayai bot nelayan Taiwan, terbabit dalam sindiket dadah sejak Disember lalu.

Kapal tersebut yang pada awalnya mengibarkan bendera Singapura, menukarnya kepada bendera Indonesia apabila dihampiri bot peronda tentera laut.

Kapal itu kemudian dibawa ke Batam dan pemeriksaan menemui dadah yang disembunyikan di dalam 41 guni beras berjumlah 1,029 kilogram (kg).

“Kami menemui lebih satu tan dadah jenis syabu dan jumlahnya mungkin meningkat kerana pemeriksaan masih dilakukan,” kata Achmad. –KLICK.MY

Sumber: Harian Metro

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.