Hiburan

Haqiem Rusli Minta Maaf, Ini Nasihat Da’i Wan Dazrin Untuknya

SEMALAM telah berlangsungnya sidang media penyanyi Haqiem Rusli bagi menjelaskan kontoversi yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Dalam sidang media itu, Haqiem memohon maaf kerana telah menyebabkan orang ramai salah faham dengan kenyataannya sebelum ini berkenaan masalah depresi yang dialaminya.

Jelas penyanyi lagu Tergantung Sepi ini, dia sebenarnya mengalami kemurungan ringan namun tidak pernah merujuk perkara itu kepada pakar psikiatri.

“Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.

“Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan. Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua,” katanya.

Selain itu, Haqiem juga menyatakan salah faham berlaku disebabkan dia salah pilih perkataan untuk menggambarkan keadaannya.

“Saya bukan orang yang bijak, apabila saya kata kemurungan dalam menggambarkan situasi mungkin saya salah pilih perkataan namun saya tidak menipu mengenai perkara itu.

“Sebenarnya saya mengalami kemurungan ringan disebabkan tekanan kerja, masalah tidur, berat badan tidak menentu selain tekanan akibat kecaman daripada netizen.

“Takkan saya nak main-main dengan perkara ini. Saya menanggungnya seorang diri malah pernah merujuk dengan rakan yang pernah mengalami perkara sama dan ia menunjukkan tanda-tanda jelas kemurungan ringan,” jelasnya.

Kata Haqiem lagi, dia sedar apa yang dilakukan salah memandangkan dia masih mentah namun menegaskan ia bukan gimik seperti didakwa selain meminta diberikan peluang kedua agar dapat memperbaiki kesilapannya.

“Setiap manusia melakukan kesalahan dan kesilapan. Apa yang saya alami bukan disebabkan orang lain tetapi lebih kepada perubahan gaya hidup selepas bergelar selebriti.

“Beri peluang kedua pada saya untuk menebus kembali kesilapan yang dilakukan. Saya rendah diri untuk memohon maaf kepada semua,” katanya yang turut memohon maaf kepada Ernie Zakri dan Wany Hasrita selepas insiden mereka muncul dalam sebuah program Facebook Live di sebuah stesen radio sehingga mengheret nama dua penyanyi itu dalam kontroversi dirinya.

Sementara itu, pendakwah bebas, Da’i Wan Dazrin menerusi Instagramnya menitipkan kata-kata nasihat kepada Haqiem. Dia berharap Haqiem terus kuat kerana bakat yang ada padanya rugi kalau tidak digunakan.

Semoga dengan kata-kata nasihat daripada Da’i Wan, Haqiem lebih kuat dan tenang dalam menghadapi ujian dan dugaan yang sedang melanda. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online / Instagram Da’i Wan

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.