Sensasi Terkini Viral

Hanya Jual Lipas, Pelajar Jana Pendapatan RM28,300 Sebulan!

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sekiranya ada kemahuan di situ ada jalan. Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar di Taiwan yang meraih pendapatan sebanyak 200,000 NTD atau RM28,300 hanya dengan menjual lipas.

Menurut laporan China Press, Tong yang baru berusia 20 tahun mula menternak lipas selepas dia mendapati sukar mendapat bekalan serangga itu bagi memberi makan haiwan peliharaannya.

Jadi, dia mula menternak sendiri lipas dan menyedari bahawa serangga itu membiak dengan pantas. Dalam masa enam bulan, dia sudah mempunyai 30,000 ke 40,000 lipas di apartmentnya.

Tong berjaya menemui seorang pembeli, Tse, yang mahu mengambil semua lipas darinya. Sehingga kini, mereka terus bekerjasama untuk jual beli lipas.

Tong kini mempunyai 2.7 juta lipas dari pelbagai spesis di ladangnya. Dia menjual lipas-lipas itu secara borang kepada Tse yang kemudiannya menjual serangga itu secara runcit sebagai makanan haiwan.

Jadi, marilah kita sama-sama jadikan cerita ini sebagai inspirasi untuk melakukan perniagaan terutamanya buat golongan muda.

Tiada yang mustahil untuk berjaya. Apa yang penting adalah kerja keras dan tidak pernah kenal erti putus asa. –KLICK.MY

Tag