Hiburan Terkini

Hanya Cuti Lima Hari, Elvina Tidak Sempat Berbulan Madu

SEMALAM telah berlangsung majlis pernikahan antara pelakon Elvina Mohamad dan pasangannya, Datuk Mohd Aniff Borhan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Asy Syakirin KLCC, Mohd Radhi Abdul Ghani dengan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Mereka berkenalan sekitar dua tahun lalu dan mulai rapat sejak setahun lepas sebelum membuat keputusan untuk ke jenjang pelamin kira-kira tiga bulan lalu.

Berkaitan: Bakal Bergelar Datin Muda, Elvina Mohamad Nikah 18 Mac Ini

Menurut Elvina ketika ditemui pihak media, dia dan suami bersyukur segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Bercerita mengenai bulan madu, menurut Elvina, dia dan suami belum ada perancangan untuk berbuat demikian memandangkan jadualnya terlalu sibuk dan belum ada waktu yang bersesuaian.

Malah katanya, selepas majlis resepsi yang akan diadakan pada 24 Mac ini di lokasi sama, dia akan terus menjalani penggambaran.

“Buat masa sekarang saya dan suami belum ada perancangan untuk berbulan madu. Lokasi pun tak tahu lagi nak pergi mana.

“Jadual saya sibuk dan dia pun sama. Selepas majlis resepsi yang akan diadakan minggu hadapan ini, hanya lima hari sahaja saya cuti.

“Selepas itu saya mula masuk set penggambaran. Belum ada masa sesuai untuk bercuti,” katanya.

Berkenaan soal anak, mereka berserah kepada rezeki Allah SWT dan tiada sebarang perancangan.

“Kalau ditakdirkan saya dapat anak awal, Alhamdulillah. Kami memang tak ada rancangan mahu punyai berapa orang zuriat,” ujarnya.

Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak secepat mungkin.  –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.