Hiburan Sensasi Terkini

Hanez Suraya Harap Awie Rafael Tidak Kaitkan Namanya Lagi

BARU-BARU ini penyanyi Awie Rafael ada mengeluarkan kenyataan, dia mengenali tunangnya, pelakon Atikah Suhaime, sejak lapan tahun lalu ketika masih bercinta dengan Hanez Suraya.

Berkaitan: Dalam Diam Bercinta, Atikah Suhaime – Awie Rafael Bertunang

Rupa-rupanya kenyataan penyanyi dari Singapura itu mengundang rasa tidak senang pelakon Hanez Suraya.

Menurut Hanez seperti dilaporkan BH Online, dia berharap Awi tidak lagi mengaitkan namanya dalam mana-mana kenyataan bagi mengelak salah faham di pihak suaminya.

Ada benarnya juga kata-kata Hanez itu. Awie sepatutnya tidak membangkitkan kisah lalu kerana masing-masing sudah bertahun-tahun meneruskan kehidupan sendiri. Lagipun tidak manis kerana Hanez sudahpun berkahwin.

“Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebutnya, baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa.

“Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya.

“Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah… dulu pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas. Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Cuma dalam kes ini saya harap jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka,” katanya.

Pada masa sama, Hanez mengakui suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais agak cemburu, namun yakin perasaan itu wujud disebabkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadapnya.

“Bukankah cemburu tandanya sayang, tetapi tidaklah dia berlebihan-lebihan. Selepas tiga tahun hidup bersama kami sudah saling memahami dan menerima diri masing-masing seadanya,” katanya.

Pasangan terbabit berkahwin pada 25 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 2. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.