Hiburan Sensasi Terkini

Hampir 2 Bulan Bersalin, Peminat Tak sabar Nak Tengok Anak Jihan Muse

SUDAH hampir dua bulan pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse melahirkan anak namun dia tidak pernah berkongsi wajah anaknya itu untuk tatapan umum.

Berkaitan: Jihan Muse Selamat Lahirkan Anak Lelaki Secara Pembedahan

Justeru, ramai peminat mula tertanya-tanya bilakah Jihan dan suami mahu berkongsi gambar anak lelakinya itu.

Jihan dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-2.

Rata-rata peminat mengambil kesempatan bertanyakan hal itu di Instagram Jihan. Mereka tidak sabar mahu menatap wajah anak lelaki Jihan.

Jihan bukan sahaja tidak berkongsi gambar anak malah nama anaknya juga sehingga peminat tertanya-tanya apakah nama anak lelaki Jihan.

Jihan hanya memanggil nama anaknya sebagai ‘baby ninja’ sahaja.

Jihan masih lagi berpantang.

Mungkin Jihan ada sebab kenapa masih belum bersedia untuk berkongsi gambar anaknya itu. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen