Hiburan Sensasi Terkini

Hairul Azreen, Hanis Zalikha Dan Yusuf Iskandar Duta Baru Yakult Malaysia?

Rasanya baru sahaja Hairul Azreen dan Hanis Zalikha serta anak mereka, Yusuf Iskandar pulang dari Istanbul, Turki. Kini mereka kembali ‘terbang’ ke negara matahari terbit, Jepun pula.

Dalam Instagram Yusuf Iskandar, Hairul dan Hanis telah memuat naik gambar mereka sekeuarga di dalam kapal terbang. Mereka juga sempat mengucapkan terima kasih kepada Yakult Malaysia kerana membawa mereka ke Jepun.

Adakah mereka sekeluarga duta baru untuk jenama minuman kesihatan terkenal ini menggantikan keluarga Awal Ashaari dan Shca Al Yahya serta anak mereka, Lara Alana?

Rata-rata followers turut berkongsi kegembiraan melihat keluarga ini tidak putus-putus rezeki dapat melancong ke negara orang.

Malah ada juga yang tertanya-tanya adakah mereka sekeluarga dilantik menjadi duta Yakult Malaysia.

Tidak kisahlah jadi duta atau tidak, tapi cemburulah tengok mereka sekeluarga ini sering ke luar negara. Kita yang dalam Malaysia pun tak habis jelajah lagi.

Apa-apapun semoga keluarga ini terus dilimpahi rezeki dan bergembira. Bertuah Yusuf kecil-kecil lagi sudah berjalan serata dunia.-KLICK.MY