Hiburan Sensasi Terkini

Hafiz Hamidun Selamat Bernikah Dengan Pengasas Kosmetik Joy Revfa

Wah, segaknya Hafiz Hamidun berbaju Melayu ketika melangsungkan perkahwinannya semalam!

Dia sah bergelar suami kepada pengasas kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa dengan sekali lafaz.

Kedua-duanya nampak sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua. Apatah lagi mereka mengenakan parsalinan rona putih rekaan Cosry.

Tahniah buat pasangan mempelai ini. Mereka disatukan di Dewan Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga hujung nyawa dan cepat-cepat menimang cahaya mata.-KLICK.MY