Luar Negara Terkini

Gurauan Tak Bertempat, Cucuk Chopstick Dalam Zakar Rakan

GURAUAN tidak bertempat seorang lelaki menyebabkan rakannya menerima azab yang memeritkan.

Lelaki yang dikenali sebagai N V D mendakwa rakannya telah memasukkan chopstick atau penyepit ke dalam zakarnya ketika mereka mabuk.

Akibat perbuatan rakannya itu, dia terpaksa mendapatkan rawatan di wilayah Dong Nai, Hanoi, Vietnam pada keesokan harinya selepas mengalami kesukaran untuk membuang air kecil selain rasa sakit pada alat kemaluannya.

Dr Tran Phuong di Hospital ITO Saigon-Dong Nai berkata, imbasan yang dilakukan tidak menunjukkan sebarang objek asing dalam zakar pesakit.

“Chopstick sepanjang 10 sentimeter (sm) tersebut dimasukkan terlalu dalam yang mana bahagian hujungnya adalah kira-kira 2.9 sm dari pembukaan uretra.

“Ia bagaimanapun berjaya ditarik keluar tanpa memerlukan sebarang prosedur pembedahan,” ujarnya.

Menurut doktor itu lagi, rakan pesakit berbuat demikian kononnya kerana mahu bergurau. Inilah orang kata gurauan membawa padah! –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.