Terkini Viral

Guna Wanita Berniqab Lariskan Ubat Seks

Ini satu lagi kes ala-ala menggunakan agama untuk berniaga.

Namun ia sedikit berbeza daripada kes sebelumnya kerana ia melibatkan model-model berniqab kononnya berkonsepkan Islamik.

Kalau model-model tersebut menggayakan untuk iklan fesyen tak kisahlah tetapi ini untuk iklan produk kuat seks.

Haruslah terperanjat semua orang yang melihatnya kerana ia tidak sesuai dengan budaya di negara kita. Malah kelihatan langsung tidak manis.

Pakaian yang dipakai sudah elok kerana menutup aurat sepenuhnya tetapi eksperesi wajah kelihatan sedikit gedik.

Maklumlah masyarakat kita hari ini kembali hidup berlandaskan Islam dan mereka ambil kesempatan tersebut. Tetapi nampak gayanya tidak begitu menjadi setelah ia mendapat kecaman netizen.

Malah ada gambar yang menunjukkan seorang lelaki bersama empat model wanita memegang produk kuat seks itu sambil menunjukkan isyarat bagus.

Kononnya nak bagi tahu mereka mengamalkan poligami dan suaminya gagah perkasa memberi nafkah batin kepada keempat-empat isterinya.

Mungkin di sesetengah negara iklan sebegini tidak salah namun di Malaysia, ia pasti mendapat kecaman masyarakat setempat. -KLICK.MY