Gaya Hidup Terkini

Google, Youtube Buang Kandungan Kanak-Kanak Berunsur Lucah

Perdana Menteri Britain, Theresa May

SELEPAS menerima tekanan daripada Perdana Menteri Britain Theresa May, Google terpaksa menyediakan 10,000 kakitangan untuk memantau kandungan ekstremis manakala Youtube menarik balik 150,000 video kanak-kanak yang mengundang komen lucah penonton.

Ketua Eksekutif Youtube Susan Wojcicki mengaku kepada akhbar Daily Telegraph bahawa ada ‘anasir jahat’ telah menggunakan laman web itu untuk mengelirukan, memanipulasi, menganggu atau membahayakan.

Susan Wojcicki

Wojcicki mendakwa syarikatnya membangunkan teknologi ‘mempelajari komputer’ untuk mengenal pasti video pelampau dan boleh digunakan untuk mengenali kandungan yang memberi risiko kepada keselamatan kanak-kanak.

“Kami akan terus membesarkan pasukan kami dengan matlamat menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan Google berusaha menangani lebih 10,000 kandungan yang melanggar dasar kami pada 2018,” katanya.

Tindakan membuang kandungan yang dilakukan pada minggu lalu dipercayai dibuat selepas akhbar Britain melaporkan iklan bagi jenama terkenal disiarkan bersama-sama video kanak-kanak atau remaja, mengundang ulasan penonton yang ada unsur paedofilia.

Antara kandungan video di Youtube tidak sesuai untuk kanak-kanak

Laporan media menunjukkan keadaan itu menyebabkan pengiklan merungut malah sebahagiannya menggantung pengiklanan di YouTube. –KLICK.MY

Sumber: AFP

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen