Hiburan

Giliran Wawa Zainal Pula Hadiahkan Aeril Zafrel Kereta Mewah

Wah, murah sungguh rezeki pasangan romantis Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel apabila masing-masing berbalas hadiah kereta mewah!

Sebelum ini pada Jun lalu, Aeril telah membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes Benz C200 berwarna hitam.

Kali ini giliran Wawa pula menghadiahkan Toyota Vellfire berwarna hitam kepada Aeril bagi membalas kejutan yang dibuat suami kepadanya itu.

“Balas jasa suami belikan I kereta hari tu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki.

“Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Tahun depan ye sayang,” tulisnya di Instagram.

Tambah Wawa lagi, dia bersyukur kerana tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan.

“Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3. –KLICK.MY