Hiburan Sensasi Terkini

Giliran Nubhan Pula Timang Cahaya Mata

Alhamdulillah dan tahniah buat pasangan Nubhan Ahamad dan isteri, Afifah hidayah Taufek kerana selamat menimang cahaya mata pertama.

Afifah bersalin anak perempuan kira-kira 9.45 semalam di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan. Bayi comel seberat 3 kilogram itu diberi nama Aafiya Kamilia.

Kata Nubhan dalam Instagramnya, dia bersyukur kerana diberi nikmat menjadi bapa kepada anaknya.

Makin besar tanggungjawab Nubhan selepas ini dan semoga dia terus dilimpahi rezeki. Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepadanya.-KLICK.MY