Gaya Hidup Terkini

Giliran Che Ta, Sharnaaz Ahmad Bidas Pengulas Fesyen

INGATKAN kes sudah selesai selepas pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain memohon maaf kerana keterlanjurannya mengkritik individu gemuk, namun sebaliknya yang berlaku.

Beberapa orang artis dan selebriti terkenal tampil menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaihani itu.

Terbaharu, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memuat naik ‘screen shot’ menunjukkan perbualan Zaihani dengan seorang individu.

Dalam perbualan tersebut, Zaihani didapati telah menghasut individu tersebut agar tidak meminjamkan pakai kepada Che Ta sekiranya dia mahu berbuat demikian.

Zaihani bertindak sebegitu kerana mendakwa pengurus Che Ta adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan kenyataannya di Facebook.

Berang dengan tuduhan dan hasutan itu, Che Ta membidas permohonan maaf yang dibuat oleh Zaihani kelmarin sebagai ‘propa’ (tipu).

“Kata dah mohon maaf, ke mohon propa. Ishhhhhh ingat mulut je jahat, rupa-rupanya hati perut pun busuk. Luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulisnya.

Selain Che Ta, seorang lagi pelakon yang terkenal dengan kata-katanya yang lancang dan kasar iaitu Sharnaaz Ahmad turut menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaihani tempoh hari.

Menerusi Twitter, Sharnaaz menempelak Zaihani agar menegur dengan cara yang betul.

“Bukan begitu caranya nak tegur orang acik, jangan sampai menghina.. Awak mungkin ‘fashion influencer’ tetapi awak dan saya tetap ahli kubur. Salam,” tulisnya.

Nampak gayanya kemarahan orang ramai masih belum reda walaupun Zaihani sudah membuat permohonan maaf. Selepas ini, tidak tahu siapa lagi yang akan tampil memanjangkan kes yang semakin panas ini. Tunggu dan lihat! –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen