Hiburan Sensasi Terkini

Giliran Baim Wong Tayang Badan Sasa

Bukan artis lelaki Malaysia sahaja yang suka tayang badan tetapi artis dari seberang tidak kurang juga hebatnya.

Kalau di Malaysia, yang terbaharu tayang badan sasa adalah Hairul Azreen. Tujuannya adalah untuk berkongsi momen dari kurus hinggalah sasa hasil kerja kerasnya membina otot.

Namun di Indonesia, pelakon yang pernah bergandingan dengan Alfira Loy iaitu Baim Wong juga melakukan perkara yang sama.

Maklumlah kalau artis wanita, banyak aset yang boleh ditayangkan tetapi kalau artis lelaki harapkan tubuh yang sasa sahaja boleh ditayangkan.

Baim Wong juga memilih Instagram untuk menayangkan tubuhnya yang kekar atau kalau bahasa pasar di sini orang kata ‘belanja gambar’.

Mungkin mereka membina otot untuk kerier seni kerana memiliki tubuh kekar seperti itu membuatkan mereka kelihatan seksi dan menarik.-KLICK.MY