Terkini Viral

Geng Basikal Dirempuh, 9 Maut 4 Parah

JOHOR BAHRU: Sembilan remaja maut dan empat parah apabila basikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, pada jam 3.30 pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan 16 penunggang basikal berusia antara lapan hingga 16 tahun itu, berlumba dari simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah ke Dataran Bandaraya di sini, tiba-tiba dirempuh kereta itu dari belakang.

Mereka yang dipercayai dari Kampung Seri Makmor Plentong dan Pasir Gudang pada kebiasaannya berlumba pada jam 12 tengah malam, namun bermula lewat malam tadi berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.

Jurucakap polis mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut. -BERITA HARIAN