Hiburan

Gempar! Video Sheeda ‘Serang’ Ifa Raziah Tular Di Media Sosial

SEMALAM dunia hiburan tanah air gempar apabila penyanyi dangdut, Sheeda memuat naik video dia ‘menyerang’ dan bertikam lidah dengan Ifa Raziah di ruang parkir dipercayai di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi kapsyen pada video tersebut, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Malah, Sheeda turut melabel Ifa sebagai wanita ‘plastik’ selain suka mencari pasal dan penipu.

“Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik… Suka buat hal… Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

“Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

“Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan Ifa yang berjalan seorang diri disapa oleh Sheeda yang meminta penyanyi itu bersemuka dengannya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum bekas peserta program Gegar Vaganza itu berlalu pergi.

Walaubagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada ia pergaduhan sebenar ataupun sekadar gimik mereka sahaja.

Sebelum ini, Ifa pernah bergaduh dengan pengacara Roslan Shah. Malah sehingga kini mereka masih lagi saling perli-memerli di dalam media sosial.

Berkaitan: Ifa Raziah Buat Laporan Polis Atas Dakwaan Mahu Tembak Roslan Shah

Sebagai figura umum, kejadian ini tidak seharusnya berlaku. Ia contoh tidak sihat kepada peminat dan masyarakat.

Semoga perang dingin antara mereka dapat dipulihkan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.