Sensasi Terkini Viral

Gempar, Suku Mante Manusia Kerdil Terakam Kamera!

Tular di laman sosial penampakan suku Mante oleh sekumpulan peminat sukan motocross di dalam sebuah hutan di Acheh ketika sedang memecut motor dalam hutan berkenaan.

Makhluk kerdil tidak berpakaian itu terakam sedang membawa kayu dan mampu berlari dengan pantas sekali. Menurut portal-portal Indonesia, makhluk itu dipercayai merupakan suku Mante.

Kejadian yang luar biasa itu berjaya dirakam oleh penunggang-penunggang tersebut walaupun ada yang terjatuh kerana terkejut dengan kemunculan manusia kerdil itu.

Malah, kelihatan manusia kerdil berkenaan juga terkejut dengan kehadiran manusia sehingga melarikan diri ke dalam semak-samun.

Beberapa buah portal di sana cuba mengesahkan tentang makhluk itu dengan seorang penduduk Aceh yang juga ketua kampung.

Dipercayai makhluk kecil itu dari suku Mante yang selama ini pernah menjadi lagenda di Hutan Leuser di sini.-KLICK.MY