Hiburan Sensasi Terkini

Gempar, Lohan Lindsay Berbikini Pink Untuk Muka Depan Majalah!

Rasanya beberapa minggu yang lepas dia kelihatan memakai burkini ketika bercuti dan bermain papan luncur di Thailand.

Namun, kini dia sekali lagi membuat kejutan apabila memakai bikini berwarna merah jambu untuk menjayakan sebuah penggambaran muka depan untuk sebuah majalah.

Satu ketika ramai yang melihat perubahan diri selebriti popular Hollywood ini seakan-akan dia memberi isyarat untuk memeluk Islam.

Ternyata tindakan kontroversi terbaharunya ini seakan-akan menyangkal sangkaan ramai bahawa dia memilih Islam.

Menurut laporan dari Daily Mail, Lohan berpakaian sedemikian untuk majalah ODDA yang menyambut isu ke-12 dan ulang tahun ke-5.

Dia dikehendaki berpakaian sedemikian bagi melambangkan keadaannya yang asal. Editor majalah tersebut mahu Lohan yang asli.

Rata-rata netizen mengecam dan hairan kerana dia baru sahaja menarik perhatian dunia dengan memakai burkini.

Aksinya yang terlalu seksi berbanding beberapa minggu yang lepas dikatakan hanya untuk menarik perhatian media dan seterusnya memancing publisiti murahan.

Malah kelakuannya itu dikatakan salah satu usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia hiburan Hollywood. Baru beberapa minggu yang lepas sejuk mata memandang dan sekarang kembali panas.-KLICK.MY