Sensasi Terkini Viral

Gempar, Layang-Layang Disunting Menyerupai Dementor Di Langit!

Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyunting gambar layang-layang gergasi di udara mengundang  tular di laman sosial.

Ia juga menyebabkan masyarakat di Kitwe, Zambia menjadi panik kerana menyangkakan ia adalah Dementor, watak dalam filem Harry Potter.

Lembaga tersebut kelihatan melayang-layang di ruang udara Mukuba Mall, Kitwe. Penampakan tersebut menggemparkan penduduknya sehingga ada yang bertempiaran lari kerana ketakutan.

Gambar yang viral di media sosial itu menunjukkan bentuknya yang lengkap dengan kepala seperti manusia terapung di langit dan dianggarkan berukuran lebih dari 100 meter panjang.

Bentuk hitam itu yang dipercayai terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara terawang-awang di ruang udara pusat beli-belah itu lebih setengah jam.

Ada segelintir penduduk yang menyaksikan kejadian itu menganggap kehadiran bentuk itu adalah sebagai peringatan daripada Tuhan.

Bagaimanapun, bentuk berkenaan adalah layang-layang dan dipercayai gambar tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Agak susah untuk dipercayai perkara-perkara ganjil seperti ini dalam zaman teknologi yang canggih ini memandangkan ia begitu mudah disunting. Malah suntingan yang dilakukan nampak begitu real  sehingga ramai yang terkeliru dan mempercayainya.-KLICK.MY