Jenayah Sensasi Terkini Viral

Gempar! Kepala Wanita Tanpa Badan Ditemui Di Tebing Sungai

PENDUDUK yang menetap di Skait Lama gempar dengan penemuan bahagian kepala wanita tanpa badan di tebing Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak semalam.

Menurut sumber, kepala wanita itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan mengerikan pada pukul 4.30 petang.

Menurut sumber, penduduk kampung yang menemui kepala itu kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Setelah menerima maklumat sepasukan anggota JSJ dari IPD Sri Aman menuju ke lokasi dalam aduan orang awam.

Kini kepala tanpa badan berkenaan berada di bilik mayat di Hospital SRI AMAN sementara menunggu pengecaman. –KLICK.MY

Sumber: Kosmo Onlie / DAily TRaffic REport

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen