Terkini Viral

Gempar, Ayam Masih Hidup Selepas Seminggu Putus Kepala

SEEKOR ayam mencetuskan kekaguman para netizen kerana mampu hidup lebih dari seminggu selepas kepalanya terputus.

Kejadian berlaku di wilayah Ratchaburi, Thailand. Kini ayam berkenaan dalam jagaan seorang sami yang memberinya makan dengan cara mengepam makanan dengan jarum suntikan melalui lehernya.

Ayam tanpa kepala itu menjadi tajuk utama berita di Thailand awal minggu ini selepas gambar dan videonya tular di media sosial tetapi ramai menjangkakan ianya tidak akan hidup lama tanpa kepala.

Pengguna Facebook Noppong Thitthammo adalah orang pertama berkongsi kisah ayam malang itu, bersama dengan gambar-gambar yang menunjukkan bahagian leher yang sudah buruk.

Dia menulis, seorang doktor haiwan di Mueang Ratchaburi, wilayah Ratchaburi telah menjaga ayam tersebut dengan memasukkan makanan melalui lehernya dan memberi antibiotik untuk mencegah jangkitan kuman.

“Haiwan ini berhak hidup. Jika ia mahu terus hidup kita berikannya makanan,” doktor haiwan terbabit, Supakadee Arun Thong memberitahu wartawan tempatan.

Tiada siapa tahu apa yang menyebabkan ayam itu hilang kepala, walaupun ramai yang mengesyaki ia diserang haiwan pemangsa.

Selepas kehilangan kepala, ramai bersetuju haiwan itu sepatutnya sudah mati tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Ia bukan sahaja masih hidup malah boleh berdiri dan berjalan tanpa tujuan.

Pada mulanya ramai menganggap gambar-gambar ayam itu satu penipuan, hinggalah selepas video tentangnya turut tular dan agensi berita barat mula menyiarkan kisah ini. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.