Luar Negara Semasa

Gempar, 3 Orang Cedera Menara Trump Di New York Terbakar

KEPULAN asap tebal kelihatan keluar dari Menara Trump di New York yang terbakar semalam. Dua orang dan seorang anggota bomba cedera dalam kejadian tersebut.

Menurut pegawai rasmi di Bandaraya New York, punca kebakaran datang sistem pendingin hawa dan haba bangunan berkenaan.

Manakala menurut kenyataan daripada jabatan bomba, tiga individu disahkan cedera dalam kebakaran yang berlaku di 721 (Fifth Avenue), Menara Trump.

Manakala dua orang awam mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dirawat di tempat kejadian serta enggan mendapatkan rawatan selanjutnya. Seorang anggota bomba juga tidak mengalami kecederaan yang teruk.

Rakaman berita menunjukkan para penyelamat berada di atas bumbung bangunan pencakar langit itu yang terletak di tengah-tengah Manhattan.

Menara tersebut merupakan bangunan kediaman dan perniagaan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang turut memiliki rumah di menara itu berada di Rumah Putih di Washington DC ketika insiden berkenaan berlaku. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen