Sensasi Terkini Viral

Gay Tua Mengamuk Dalam MRT Gara-Gara Ajakan Seks Sejenis Ditolak

Kecoh di laman sosial mengenai sebuah klip video memaparkan seorang gay tua yang cuba memikat lelaki ‘mat ‘saleh’ namun ditolak di dalam MRT di Singapura.

Lelaki tempatan itu tersilap langkah kerana menyangka lelaki dari Amerika Syarikat itu adalah pengamal hubungan sejenis iaitu homoseksual atau lebih dikenali sebagai gay.

Video yang berdurasi selama empat minit itu menjadi tular. Menurut mangsa tersebut, kejadian tersebut ibarat mimpi ngeri buatnya apabila lelaki tua itu tetap berkeras mahu melakukan seks sejenis dengannya.

Dia cuba menolak pelawaan lelaki tua yang disyaki mabuk itu secara baik. Namun keadaan mula menjadi kecoh apabila lelaki tua tersebut berkelakuan ganas dengan mendakwa Singapura tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang niatnya.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, penumpang lain campur tangan dan orang tua itu memberi alasan kelakuannya tidak salah kerana dia mengaku gay dan mangsa juga golongan gay.

Situasi cemas ini cuba dileraikan oleh seorang penumpang dan akhirnya orang tua ini dapat ditenangkan.

Sementara itu, mangsa yang dikenali sebagai Joe DeMarini menceritakan pengalamannya itu di dalam Facebook miliknya.

Semoga Joe tidak serik datang ke Singapura. Agak-agaknya kalau perkara ini berlaku di Malaysia, apa tindakan penumpang lain?-KLICK.MY

Tag