Hiburan Terkini

Gara-Gara ‘Throwback’ Gambar Kahwin Shiera Dikecam Fan #Fattzura

SEJAK beberapa hari lalu, pengacara dan pelakon terkenal, Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera memuat naik gambar-gambar kenangan majlis perkahwinannya di Instagram.

Rata-rata pengikutnya seronok dapat melihat memori perkahwinan kakak kepada Sharifah Sakinah ini.

Namun tidak disangka dalam keseronokan berkongsi kenangan manis dengan para peminat, ada juga netizen yang tidak senang dengan tindakan Shiera itu.

Shiera memuat naik ‘screenshot’ mesej yang diterima daripada seorang netizen.

Dalam mesej tersebut, netizen yang menggunakan nama ‘mirhana_55’ memerli Shiera yang dikatakan tidak dapat undangan majlis perkahwinan Fattah Amin dan Fazura sehingga terpaksa mengimbas kembali (throwback) majlis perkahwinan sendiri.

Menurut Shiera, tujuan dia memuat naik gambar-gambar perkahwinannya bukan kerana meminta simpati tetapi untuk berkongsi momen indah tersebut bersama peminat.

“Oooo macam ini ya peminat Fazura dan Fattah. Saya bukan minta simpati tetapi nak berkongsi. Tak pasal-pasal aku kena maki sebab ‘throwback’ gambar kahwin.

“Sayangnya anak anak sekarang. Memang ‘sure’ korang cakap jangan layan. Tapi nak bagi tahu Allah boleh tarik apa yang kita ada bila-bila.

“Jangan benci kami sangat. Ada cara lain bila menaip. Tiba-tiba pm tepi. Wah, dapat perhatian adik ni. Sabar ya dik. Cuba baca selak sebelah. Dia kata tak hina saya. Memang dia tulis tak hina, tapi menganjing rasanya. ‘Wedding’ lapuk itu tak hina ya.

“Orang sekarang fanatik betul ekkk. Sampai hina orang lain yang tiada kena-mengena. Aku tak buat apa pun dengan dia @mirhana_55.

“Siapa peminat Fazura dan Fattah mungkin tak semua macam ni tapi Fattah dan Fazura kalau ada party dengan peminat tolong nasihat sikit yang beria (fanatik) ni,” tulisnya.

Apalah salah Shiera hingga kena hina macam itu sekali. Padahal dia hanya berkongsi gambar-gambar perkahwinannya sahaja. Mesti netizen tersebut dengki kerana suami atau kekasih dia tak kacak macam suami Shiera. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen