Semasa Terkini Viral

Gara-Gara Telefon Bimbit, Remaja Mati Jatuh Bangunan

Tersebar sebuah rakaman video CCTV menunjukkan detik-detik sebelum seorang remaja lelaki mati akibat terjatuh dari tingkat empat di pusat beli-belah Orchad Road, Singapura baru-baru ini.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang remaja lelaki yang dipercayai bernama Jonathan Chow Hua Guang sedang berbual dengan seorang gadis.

Namun, secara tiba-tiba kelihatan remaja lelaki itu melompat penghadang kaca setinggi 1.2 meter. Gadis tersebut kelihatan tergamam apabila dia melihat ke bawah.

Menurut sumber, remaja lelaki itu bertindak melompat penghadang kaca tersebut kerana mahu mengambil telefon bimbit yang terjatuh atas sekeping papan.

Dia menyangka papan tersebut kukuh namun sebaliknya kerana ia hanyalah sekeping papan plaster yang rapuh. Akibat terjatuh dari tingkat empat itu menyebabkan remaja itu maut ketika sampai di hospital.

Maklumat di laman Facebook Jonathan menunjukkan dia adalah pelajar Randwick Boys’ High School, sebuah sekolah di New South Wales, Australia. Malah dia juga dilihat gemar bermain ‘skateboard’ dan meminati aktviti ekstrem, parkour.-KLICK.MY